Di sini aku nak kongsikan hal berkenaan sikap. Sikap itu memberi maksud respon kita terhadap sesuatu dimana kita boleh memilih kita nak respon baik ataupun sebaliknya.

Ramai pakar motivasi mengatakan bahawa 80 peratus kejayaan itu datang daripada sikap, 19 peratus adalah datang dari ilmu dan 1 peratus datang dari nasib. Di dunia ini ada 2 pecahan iaitu orang berjaya dan kurang berjaya. Ia dibezakan dengan sikap. Ya kawan kawan, sikap lah yang menentu kejayaan kita.

Semua orang ada perancangan tersendiri demi mencapai misi dan sasaran. Kenapa ada yang tidak dapat mencapai misi ? Salah satunya adalah sikap. Sikap yang memainkan peranan penting dalam memastikan perancangan yang dibuat berjalan lancar. Sebagai contoh, Abu ada rancangan untuk membeli sebuah rumah pada 6 bulan dari sekarang. Abu pula mula menghasilkan jualan yang banyak pada bulan pertama, tetapi pada bulan kedua dan ketiga, hasil jualan Abu mulai merosot. Abu mula menyalahkan keadaan sekeliling, putus asa, merungut, memberi alasan dan seterusnya perancangan yang dibuat terus terkubur dek kerana sikap yang Abu tunjukkan. Andai kata Abu tidak berputus asa, berusaha lagi tanpa henti, sentiasa belajar untuk menambahbaik skill dan ilmu, pasti Abu akan berjaya membeli rumah idaman. Sebenarnya, kita adalah mastermind kepada hidup kita . Kita lah yang mencorakkan hidup kita.

Sikap keras dan sikap lembik

Aku ada terbaca satu artikel berkenaan sikap. Dalam aritikel itu mengatakan bahawa sikap yang lembut, akan memberi impak hidup kita jadi keras. Keras yang macam mana ? Jadi makin sulit . Sikap lembut ni yang macam mana? Merungut, tak berdisiplin, ego menggunung , cepat berputus asa, sikap menyalahkan orang lain, lembik dan tidak tetap pendirian. Bagi sikap keras seperti berdisiplin, tidak putus asa, rajin, bersemangat, berjiwa kental, fokus akan memberikan hidup jadi mudah, perjalanan kejayaan itu lebih lancar bilamana hadirnya sikap sikap keras ini. Bila kita yakin yang usaha itu adalah tangga kejayaan , dan disebalik usaha, hadirnya sikap yang positif, kita boleh mencapainya!

TIPS untuk sentiasa bersikap positif

Berkawanlah dengan kawan yang positip , kawan yang berjaya yang sentiasa bagi dorongan, semangat , berkongsi idea dan sebagainya supaya kita pun akan terikut ikut dengan cara yang kawan positip. Orang ada berkata, berkawan dengan orang wangi, wangi lah kita. Berkawan dengan orang busuk, busuk lah kita.

Membaca buku motivasi dan buku buku ilmiah lain banyak membantu dalam menaiktaraf pemikiran kita menjadi lebih matang dan positif. Menghabiskan masa selama 1 jam di book store boleh membantu anda untuk lebih relax dan tenang.

Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada, sentiasa ucap Alhamdulillah atas setiap yang kurniaan rezeki darinya. Sikit atau banyak , kita didik hati untuk bersyukur agar kita tidak ada sifat iri hati, cemburu, busuk hati dan segala perasaan negatif terhadap orang lain

Sentiasa berkata kata yang baik baik kerana minda kita mendengar apa yang keluar dari mulut kita. Kata kata itu adalah doa , baik perkataannya, InsyaAllah baiklah jadinya.

Kenalpasti apa yang membuatkan diri tidak yakin dan cuba cari jalan penyelesaian. Tingkatkan keyakinan diri dari pelbagai aspek supaya kita tidak terasa rendah diri bila dikelilingi oleh kawan kawan yang lain .

Sentiasa berdoa agar dijauhi perkara perkara yang tidak baik, supaya Allah jagakan hati kita dari berprasangka buruk terhadap orang lain. Dengan berdoa, hati lebih tenanga

Penulisan ini adalah peringatan dan rujukan untuk diri aku juga. Aku pun insan biasa yang inginkan perubahan dari segala aspek. Moga Allah permudahkan perjalanan hidup kita semua. Amin



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *