16hb November 2018 adalah tarikh aku kena serah diri untuk elektif czer oleh Dr Tan Ay Eeng. Fuhh! Kali ni punya pengalaman cukup mendebarkan. Ye lah, kali pertama dan kedua czer aku masih boleh tahan. Bila memikirkan hal ini, terus aku jadi takot, takot aku mati. Isk!

Pukul 8 pagi tu aku dah kena serah diri dalam keadaan berpuasa dari malam tadi ke hospital. Untuk kelahiran kali ni aku memilih PCMC. Jangan tanya kenapa aku pilih PCMC sebab aku dapat tawaran dari husband aku, so aku ON jur. Bermula lah episode cucuk tang sana sini, sebab pukul 11 pagi aku akan ditolak masuk dewan bedah.

Duk beristigfar tak abes abes dengan doa Nabi Yunus, sebab aku dapat rasa kelainan sedikit perasaan kali ini. Mungkin jarak kelahiran 4 tahun kot aku jadi macam ni.

Momen yang paling aku ingat adalah momen dimana nurse memasukan cecair kedalam ehem ehem untuk aku kosongkan usus besar , so idok lah aku terbuang secara tak sengaja masa operation nanti. Dia punya azab, aku memang takleh lupa. Haha masuk jer ubat di b*nt*t aku, selang 5 minit aku dah rasa nak cirit birit yang teramat sangat sakitnya. Memang clear habis laluan tinja. Hihi

Dah tukar baju persalinan untuk OT, masuk dalam OT. Aku di sambut ditegur oleh staff dalam tu. seriau aku tengok bilik OT , dalam fikiran aku macam macam timbul. Macam mana kalau aku tak selamat? Kalau aku mati, macam mana anak anak aku? Kalau bius tak jalan macam mana? Rasa nyawa kat hujung tanduk. Lagi hujung bila doktor Anaesthetic cucuk kat tulang belakang. Itu jam, kau akan berserah segalanya, terima apa saja kemungkinan yang akan berlaku

Selesai sesi cucuk tang sana sini, aku dibaringkan, dag dig dug bak kata Haiza . Kaki dah kebas tak rasa apa dah, doktor pakaikan mask oksigen , tangan didepakan dengan tubing sana sini. Aku tak nampak apa apa pun semasa operation berjalan cuma aku dapat bau ada kulit terbakar, bau macam terbakar lah cerita dia. Saat dah bukak lapisan perut yang ke berapa ntah, husband aku dipanggil masuk untuk teman aku. Husband aku keadaan terpinga pinga dia punya lah takot dan ngeri tengok kat area perut aku yang berwarna merah. Tak sampai 10 minit, keluarlah anak bertuah aku, tapi aku masih ingat macam mana doktor tekan perut aku untuk tolak baby ke bawah. Akhirnya! Fuhh 3.96 kg . Besonya kau nak! Alhamdulillah selesai. Tiba tiba mata aku jadi macam lalok, nak pejam. Ah sudah dah tiba ka waktu aku pergi ni? Okay drama.

Aku rasa mengantuk yang tahap 10 dia punya mengantuk. Kesan ubat barangkali. Aku pun tak sedar masa bila aku di bawa naek ke ward. Yang penting husband aku dapat lihat proses pengeluaran anak ketiga dia kali ni. Terima kasih yang sebab sentiasa ada.

Itu saja perkongsian kali ini. Daaa~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *