Haaa harini aku nak bercerita macam mana aku memudahkan kerja aku sebagai seorang ibu dan isteri! 

Yass! Biasa kita dengar kaum ibu ibu ni penat kan, dengan kerja hakiki lagi, balik rumah nak kena jalankan tanggungjawab seorang ibu, seorang isteri pulak. Ya! Tak di nafikan penat weh. Tapi kat sini aku nak kongsikan cara aku menguruskan hal dapur dan rumah tanpa melibatkan perselisihan atau pergaduhan mulut berlaku. 

Kerja kerja dapur

Gambar hiasan

Yang ni aku paling suka. Untuk hal barang dapur aku suka beli online di Tesco Online, kau boleh install di playstore ataupun Appstore. Bila online ni, aku cuma add to cart jer lah kerja aku dan aku boleh letak sendiri budget yang aku nak peruntukkan untuk barang dapur. Haa kat sini banyak benda aku boleh kawal. Antaranya

1- Aku boleh uruskan duet belanja rumah yang suami aku bagi dengan 1 klik sahaja dengan cemerlang. Tiada lagi kes terlebih berbelanja. Yelah bila pergi Tesco, semua benda kita nak capai. Walau ada list sekalipun, mesti kau nak sambar jugak benda yang takda dalam list

2- Kita boleh decide nak abam Tesco hantar barang hari apa dan pukul berapa. Biasanya aku akan pilih sehari selepas order jam 9 malam. Tak perlu lagi bersesak pergi Tesco beli barang dapur, beratur panjang pulakkkk tu nak membayar. 

3- Aku tak perlu melihat anak anak berdrama di Tesco. Drama yang macam mana? Aksi kuak lentang di sudut sudut memberontak mogok taknak jalan bila tak dapat mainan

4- Tak perlu tunggu masa suami free untuk shopping barang dapur, hujung jari jer sekarang. Jimat tenaga. Kalau kau memang superwoman boleh bawak berbondong plastic beg hasil dari shopping barang dapur , itu lain cerita . Aku memang tak larat. Haha! 

Barang basah

Yang ini aku paling suka. Sebabnya segala mala barang basah iaitu ayam, daging, sotong, udang, ikan keli ka salmon, ikan merah , sayur mayur memang aku pun beli online di Seafood Delivery, nama owner dia Farah, sekarang kami sembang macam kawan lama haha padahal tak pernah jumpa pun. 

Barang basah

Senang sungguh kerja aku. Dah lah beli online, pastu dia hantar depan pintu rumah pulak tu.

Yang lagi best terox, siap cuci oih, kalau ayam tu siap potong, udang , sotong memang dibersihkan siap siap. Waduhh! Mudah kan kan kan?

Takde la aku nak berkak limah kat dapur duk siang ayam , ikan, duk ketuk tung tang tung tang kat dapur. Haha Dan kerja aku cuma bilas dan masukkan setiap barang basah itu ke dalam bekas dan asingkan ikot kategori dan mengikut size yang aku nak masak. Haaa kenapa nak pening pening pergi pasar. Hujung jari jurrr sekarang ni. 

Kebersihan rumah

Disebabkan aku bekerja, dan ada jadual yang padat. maka setiap hari Sabtu aku akan panggil weekly helper untuk cuci rumah, dan lipat baju. Sejam RM 15 dan aku puas hati dengan hasil pembersihan dari akak tu.

Bila pakai service weekly helper ni mata tak sakit tengok pergunungan kain , jiwa tak tenang tengok rumah bersepah. Malah, hubungan suami isteri anak anak pun harmoni. Yelah rumah bersih, mana tak sukanya! 

Kurlas weekly helper ni

Tapi kalau hari hari biasa, aku pun ada jugak mop ka, sapu sikit mana yang nampak gumpalan rambut gugur, buang sampah sarap, dan kerja kerja yang lain aku buat jugak. Cuma tidak lah pembersihan maksimum. Haha pembersihan maksimum hanya pada hari Sabtu.

Aku mintak suami belikan aku dryer untuk keringkan baju. So aku basuh baju dan terus keringkan dalam dryer. Kumpul gunung gunungan, hari Sabtu weekly helper akan datang bantu tarah pergunungan kain. Senang kerja aku. 

Ini cara aku mengendalikan hal rumahtangga. Bagi aku mudah saja. Aku taknak pening kepala, stress, sakit hati dan sebagainya, maka aku amek jalan penyelesaian macam ini. Kalau aku seorang surirumah mungkin aku boleh buat sendiri dari A sampai Z. 

Tapi kan, kalau lah surirumah lain pun macam aku, mesti surirumah banyak masa kan? Boleh bersiap siap cantek cantek kat rumah, ada masa untuk ajar anak anak ngaji, buat homework . Haa bila hati senang, gembira , ajar anak buat homework pun kita happy jer, takda nak jegil mata. 

Pokoknya, kita yang sendiri tentukan apa yang kita nak buat untuk gembirakan hati kita. Yas, aku gembira dengan apa aku buat ini. Aku memilih untuk tidak stress dengan hal hal rumah ni sebab bagi aku, semua boleh settle dengan baik kalau kita bijak cari jalan penyelesaian. 

Happy!

Ellis,

Suka carik penyelesaian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *