HELLO GAIS!

Harini aku nak kongsikan pengalaman aku ke MyClinic di Ukay Boulevard, Melawati. Aku hanya walk in sebab aku nak mintak pandangan konsultasi dari pakar berkenaan kulit aku yang sedang terbakar especially kat dahi, dah macam garisan penamat aku tengok! kahkah

Telek belek dan tenung, doktor bagitahu kulit aku ni jenis combination skin, uneven skin tone dan sensitive. Hmm cantik pulak doktor ni, kulit macam telur. gebu! Doktor bagi cadangan untuk buat treatment buang kulit mati dan buat laser untuk pori pori aku. nama treatment tu adalah Silk Peel dan Yellow Laser. Mula mula aku ingatkan Silk Peel ni akan menyebabkan muka jadi merah dan menggelupas. Rupanya tidak. Kata doktor , penggelupasan itu berlaku sebab penggunaan chemical so untuk kulit aku memang tak sesuailah. Bagus jugak takde penggelupasan tu, nanti aku terpaksa bertopeng kpop nak tutup muka.

ni kaler sunburn mat saleh, kalau aku punya sunburn jadik hitam. hiks

Treatment mengambil masa 2 jam bermula dengan facial, laser dan silk peel. Untuk pengetahuan korang, aku tak pernah buat facial kat luar sebab aku tak percaya, aku takot muka aku jadi lagi teruk bila berfacial di luar. So aku facial sendiri kat rumah. Tapi kali ini lain sebab mak mentua dan mak aku memang pelanggan setia MyClinic, itu yang membuatkan aku rasa nak cuba. Tak cuba tak tahu, ya kan ya kan?

Yang paling aku suka adalah tangan tukang buat facial, lembut ya amat. Lupa nak tanya dia pakai handcream apa. Setiap apa yang dia nak buat kat muka aku, dia akan bagitahu ini untuk apa, dan apa. memang bagus lah. Aku sampai terlelap dan hampir berdengkur sebab enak orang belai belai muka walaupun sakit dikit masa pakai laser tu. Kat MyClinic ni ada macam macam jenis treatment. kau nak mancungkan hidung, nak besarkan bibir kau, kau nak V shapekan dagu kau pun boleh. Haha tapi rawatan femes kat sini adalah untuk kulit muka bermasalah seperti jerawat dan jeragat. Harga setiap treatment adalah berbeza dan bagi aku walaupun harganya agak mahal tapi berbaloi sebab menggunakan produk yang helok bukan asal boleh.

Disini aku listkan cawangan cawanga Myclinic untuk rujukan korang yang nak buat rawatan muka.

1- My Clinic Beauty & Medispa Damansara Utama

2- My Clinic Beauty & Medispa Taman Sri Bahtera, Cheras

3- My Clinic Beauty & Medispa Bandar Puchong Jaya

4- My Clinic Beauty & Medispa Ukat Boulevard, Melawati

So gais, kalau korang nak buat facial atau nak buat rawatan muka, pilihlah klinik yang diiktiraf, yang tidak meragukan. Aku ada dengar kisah orang yang pergi buat rawatan muka yang berspa spa ni, helok selepas treatment, muka jadi menggerutu dan kemerahan disebabkan oleh bahan yang digunakan dalam produk rawatan itu. Alang alang nak mencantikkan muka, keluar extra modal sikit untuk klinik yang diiktiraf dan consult dengan doktor kecantikkan yang betul betul doktor. Bukan doktor instagram atau doktor pengiktirafan sendiri.

Daa~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *