Ramai yang berpendapat leceh bawak anak anak bercuti dan mereka mengambil jalan mudah untuk tidak bercuti dengan anak anak. Biasalah, dah nama pun budak budak anak anak. macam macam ragam dan perangai yang tidak dijangka boleh muncul saat kita sedang berseronok ronok bercuti bersama mereka.

dia boleh masuk bawah kerusi kat airport. mengamuk gaduh dengan kakak dia. whew!

Kali ini aku nak kongsikan sedikit tips bawak anak berjalan ni tak kisah lah dekat ka jauh ka. Pokoknya tips nak bagi percutian korang harmoni dan tenang.

1- Pertama kau kena ada satu pemikiran yang dah nama pun budak, perangai takleh nak jangka

2- Kau kena bersabar, sabar dan ikotkan aja, contoh anak kau menangis nak mainan, kau pegi beli jer okay. dengan harapan anak kau diam dan tidak melakukan aksi helikopter di lantai. Terutamanya bila kau travel dengan anak anak ke negara asing bagi kau.

3- Bila kau travel, kau perlu sediakan segala mala kudapan untuk dia mengunyah termasuklah biskut sedap, milo, susu kegemaran anak anak mahupun gula gula. Ye aku tahu gula gula rosak gigi, gais! untuk tempoh 5 hari kau berjalan , kau pejam mata saja lah. Daripada kau marah, cubit anak kau, jegil mata lagilah keadaan jadi tak terkawal nanti. haha

4- Perut anak anak sentiasa kena penuh. Sebelum keluar dari hotel, kau dah bagi dia kenyang, makan secukupnya, bagi minum air feveret anak anak kau. Dah kenyang, kau bagi dia masa untuk membuang air kecik atau besar supaya di pertengahan pengembaraan kau, anak tak potong stim untuk kencing atau ber**k. Situasi jadi gawat bila kau travel ke tempat mat saleh yang takde pili air dan ko kena bawak masuk botol kosong atau tisu basah untuk menyelesaikan projek membuang anak kau itu. Waktu ini, kau memang kena bersabar! alaahh macam lah kau tak ber*k.

5- Untuk anak anak yang berumur 7 tahun ke atas, mereka dah boleh dengar cakap. Yang kau kena handle dan letak usaha lebih pada anak yang berusia 6 tahun dan ke bawah. ahaa! anak anak ni bila selesa segala hal, idaklah dia nak meragam. ye dak?

dua beradik ni banned aku, muka tak puas hati. gaduh berebut Haribo

6- Bila anak anak cukup tidur dengan perut yang kenyang, maka kuranglah dia nak meragam pada esok hari. ini berdasarkan pengalaman aku berbekpek dengan anak anak. Macam kau jugak, kalau lapar pastu tak cukup tidur mesti kau pun jadi hulk tak semena mena kan?

Masuk tahun 2019 ni aku dah ke 13 negara bersama anak anak bermula anak aku yang kedua tu berusia 10 bulan dan yang sulong 4 tahun. Masa mula mula aku travel oversea ni aku berbekpek ke Guangzhou dan Shenzen. Masa ni memang haru sebab first time bawak anak pergi oversea. Alhamdulillah kami survive. yang paling penting kau dan pasangan kau kena bertolak ansur dan sama sama bersabar. Dari pengalaman pertama aku belajar untuk improve kemahiran kendiri aku untuk handle anak anak waktu travel.

my family. anugerah terindah

Bila bercuti dengan anak anak, walaupun kengkadang boleh haru biru, percayalah itu lah yang kau akan kenang bila anak anak dah besar nanti. Kenangan yang tidak ternilai bersama anak anak. Masa memang tak boleh patah balik, cipta sebanyak banyak memori bersama anak anak. babai!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *