Kenapa SEPHORA?

Macam aku, aku suka SEPHORA sebab semua ada kat situ. Aku ni jenis suka cuba dan cuba. Aku baca review minah sales, review blogger pasal sesuatu produk, aku akan pegi SEPHORA dan memburu!

Kat SEPHORA ni kau boleh jumpa pelbagai jenis benda berkaitan dengan kecantikan. Dari perfume, penjagaan rambut, kuku, kaki, kulit, alat mekap bermula dari lipstick sampailah ke foundation semua ada pelbagai jenama. Dan pasti nya harga adalah lebih ‘keras’ berbanding Watson dan Guardian. Antara jenama femes kat SEPHORA ni adalah NYX, Laura Mercier, Estée Lauder, Tarte, Benefit, Clinique, Duck Cosmetic, dan jenama antarabangsa yang lain. 

Mewangi~
Alat bantu jelita

Kadang kadang aku masuk SEPHORA tanpa beli apa apa pun sebab bila dah minat kan. Masuk pun jadi okay dah. Haha tenang mata orang kata. 

Kau malas nak keluar rumah dan beratur , kau boleh beli online kat website sephora.com , atau kau kirim dengan personal shopper, jimat duet minyak kau cuma tambah duet postage lah. Kikiki 

Di Malaysia ada 21 tempat terletaknya SEPHORA seperti di KLCC, Avenue K, Komtar Penang, Starhill, AEON Shah Alam, Imago Kuching, Midvalley, Paradigm Mall, One Utama, Queensbay, Sunway Pyramid dan untuk tempat lain kau boleh jeling kat sini https://www.sephora.my/store-locations .

Purple look. Me likey!

Kalau kau seorang yang suka barangan mekap dan berexperiment dengan produk skincare, ajomm lah ke SEPHORA. Daa~~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *