Aku sejenis spesis yang suka beli beg. Tak kisah lah, beg tarik ke, beg mekap , paperbag, beg untuk syiling, dan beg tangan. Asal nampak cantek aku beli, kadang aku bukan pakai. Aku tengok dan simpan. Haha

Sekarang kegilaan aku pada beg tangan ni makin membuak buak bila aku duk skroll instafemes kat instagram ada koleksi beg tangan , siap ada ruangan spesel taw. Aku pun nak jugak. Hihi walaupun budget tak berapa besar tapi sekurangnyaa ada cinonet ruang untuk beg beg aku. 

Dari beg silang, beg sandang, beg tote dan beg galas kat bahu (shoulder bag) aku simpan. So setiap beg ade fungsi tersendiri. Kalau bag shoulder tu untuk majlis rasmi , kenduri kawen, yang pakai dengan baju kurung atau aku masuk meeting. 

Kalau beg sandang, aku bawak pergi travel, keluar jalan jalan dengan anak anak. Kalau beg tote untuk aku bawak pergi kerja, beg harian aku. Kat situ lah aku sumbat segala benda dalam beg. Termasuklah pampers anak! Haha beg silang pulak untuk sesantai lepak mamak kekdahnya ataupun p shopping. Senang nak keluarkan purse. Gitu! 

Ntahlah, aku rasa bila aku tukar tukar beg tangan ikot tema kasut ni aku rasa macam best macam dalam drama pulak. Korang ade rasa macam aku rasa ke? Suami aku naek emo pulak aku gila beg tangan ni. Helok lah aku gila beg tangan khenn, kalau aku gila kat orang? Haaa haru! HihiĀ 

Kat sini aku nak sediakan tips jaga beg tangan. Tak kisah lah beg tangan mahal atau murah. Beg pun perlukan kasih saiyang sewajarnya taw! 

1- Sentiasa cover beg tangan dengan dustbag untuk elak habuk, debu , apa saja kemungkinan yang boleh merosakkan beg tangan

2- Masukkan gumpalan baju lama atau bantalkecik ke dalam beg tangan untuk memastikan bentuk beg tersebut terpelihara

3- Bila terkena makanan, alat mekap, kena air , cepat cepat lap dengan kain bersih agar kesan kotoran tak terserap ke zarah zarah beg tangan. 

4- Jangan peram je beg dalam almari. Orang kata kena anginkan beg supaya tak terkopak dan tersopak. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *