Demonstrasi Ilmu Silat Di Sekolah Bertukar Menjadi Kejadian Yang Tidak Disangka

Video Penuh Berada Di Bawah Artikel

Berau, Indonesia: Satu rakaman video yang tular di Indonesia memaparkan seorang pesilat remaja m@ut akibat digelek lori pikap ketika membuat persembahan untuk menunjukkan kekuatan mereka dalam satu majlis, semalam.

Mangsa dari sekolah pondok Al Kholil, di sini membuat pertunjukan itu bersama lima rakan mereka pada majlis di sekolah berkenaan yang turut dihadiri datuk bandar Berau.

SURYA.co.id melaporkan, dalam pertunjukan berkenaan enam pesilat terbabit berbaring sebelum lori pikap menggilis mereka.

Sebaik pertunjukan selesai empat pesilat segera bangun tetapi dua lagi dikenali sebagai Rangga dan Jodi didapati tidak sedarkan diri.

Dua pesilat itu dikejarkan ke hospital tetapi Rangga disahkan meninggal dunia ketika dirawat manakala Jodi pula dilaporkan cedera parah.

VIDEO PENUH KEJADIAN BERADA DI AKHIR ARTIKEL INI

Sementara itu, polis Berau memberitahu, pihaknya sedang menyiasat kes itu dan sudah mengambil keterangan enam individu termasuk jurulatih silat serta pihak pengurusan sekolah pondok berkenaan. Kejadian itu sempat dirakam seorang pengunjung dan kini tular di media sosial di Indonesia.

SUMBER : HMETRO ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*