HAIRAN KUCING PELIHARAAN MERENUNG DENGAN PENUH MINAT. APABILA BAYI INI DIALIHKAN, BARU TAHU ‘NIAT SEBENAR’ SI COMEL INI TERBONGKAR!

Apabila ahli keluarga baru bertambah dalam keluarga, orang dewasa akan mendapati interaksi di antara haiwan peliharaan mereka dengan bayi yang baru lahir akan menjadi lebih menarik apabila haiwan ini pasti akan berasa kehairanan dengan kelakuannya yang bersifat ingin tahu.

Haiwan peliharaan kucing biasanya akan bersifat lebih ingin tahu tetapi bersama sifatnya yang berwaspada dan berhati-hati, tidak seperti anjing yang akan terus meluru kepada bayi yang baru dikenalinya.

Kucing juga mahu mendekati bayi tetapi dengan bersifat berhati-hati, ia akan memerhatikan dari jauh terlebih dahulu. Apabila bayi yang sedang tidur, membuat pergerakan tangan atau kaki secara tiba-tiba atau mengeluarkan bunyi, ia akan berundur ke tempat yang lebih selamat. Tetapi kucing ini tidak akan mengalah dan akan terus memerhatikan bayi ini dari jauh.

Kucing ini memerhatikan bayi dengan pandangan penuh kasih sayang

Kucing ini memerhati bayi yang sedang tidur secara dekat. Pergerakan si kecil yang secara tiba-tiba telah membuat kucing ini terkejut dan berganjak ke jarak yang lebih selamat

Gambar-gambar menunjukkan satu persamaan di mana bayi ini sedang tidur di dalam kerusi bayi.

Pada mulanya ramai netizen yang berfikir bahawa kucing peliharaan mereka sangat bersifat ingin tahu terhadap bayi mereka apabila ia duduk berdekatan dan terus memerhatikan bayi.

Mereka mendapati ia agak pelik apabila kucing mereka memerhatikan bayi yang sedang tidur pada masa yang agak lama.

Netizen ini mula berasa pelik dan cuba memerhatikan dengan rasa ingin tahu mengapa kucing ini terus memerhatikan bayi yang sedang tidur untuk jangka waktu yang agak lama tanpa berkelip.

Netizen ini mula merasa ragu dan mengesyaki pasti terdapat sesuatu yang tersembunyi dan menyebabkan kucing ini terus memerhatikan bayi mereka.

Jadi netizen ini telah membuat keputusan untuk mengangkat bayi tersebut dari kerusi bayi dan mengalihkannya ke tempat lain. Kemudian aksi selamba ini telah membuat ibu bayi tersebut memahami mengapa kucing peliharaannya berkelakuan pelik dan aneh.

Dalam hati kucing ini berkata, “Akhirnya masa saya tiba juga… Sekian lama saya menunggu! Kamu membuatkan saya menunggu untuk masa yang lama, masih tidak faham kehendak saya?”

“Saya bukan memerhatikan bayi, tetapi saya memerhatikan kerusi bayi itu, menunggu peluang ia dikosongkan untuk membolehkan saya dapat menyelinap masuk dan duduk di dalamnya.”

Rupa-rupanya ini adalah cara bagaimana kucing mencari jalan untuk mendapatkan barangan kegemarannya. Jika anda perhatikan, kucing akan memerhatikan barangan kegemarannya dan akan menunggu peluang yang paling sesuai untuk mendapatkannya dan dalam hal ini, kerusi bayi sebagai tempatnya untuk duduk melepak.

Kelakuan kucing ini telah menyebabkan pemiliknya tergelak besar apabila melihat bagaimana seekor kucing boleh mempunyai reaksi seperti itu.

Dua ekor kucing ini dilihat seperti mahu mengepung bayi ini

Manusia sering menyalah anggap tabiat kucing. Kadangkala kelakuan mereka amat sukar difahami. Pemilik sentiasa mahukan kasih sayang kucing tetapi tidak memberi balasan kasih sayang dengan sewajarnya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*