Bagaimana kita boleh mengetahui kucing itu menyukai kita atau tidak? Di bawah adalah 4 langkah yang boleh menentukan samada kita telah memahami seekor kucing.

1. Lihat bagaimana kucing ini melihat kepada anda

Kucing dilahirkan sebagai pemburu. Sekiranya kucing merenung anda tanpa berkelip, itu menandakan ia tidak selesa dan takut. Kucing ini masih belum membuka hatinya kepada anda dan masih bersikap berwaspada. Sebaliknya, apabila kucing berkedip dengan perlahan semasa ia merenung anda, itu menandakan ia menyukai anda.

Ini juga bermakna kucing ini dapat merasakan yang anda adalah seorang yang boleh dipercayai dan ia menyukai anda. Jika anda mendapati kucing berkomunikasi dengan anda melalui cara ini, anda boleh mengedip mata kembali, tanda kasih sayang anda kepadanya.

2. Bergerak dengan perlahan.

Apabila anda berada di dalam satu tempat bersama seekor kucing dan ingin meninggalkan tempat itu, cuba meninggalkannya dengan cara yang perlahan dan senyap.

Sekiranya kucing ini mengikuti anda, ini bermakna kucing ini menyukai anda. Ini juga bermakna kucing berasa selamat berada di sisi anda dan ke mana sahaja anda ingin pergi, ia akan mengekori anda.

3. Apabila anda sampai ke rumah, adakah ia menyambut kepulangan anda?

Perhatikan kelakuan kucing apabila anda telah pulang ke rumah kerana kucing amat peka dengan bunyi dan ia boleh mengesan dari jauh apabila mendengar tuannya telah pulang ke rumah atau tidak.

Sekiranya kucing menyukai anda, ia akan menyambut anda di hadapan pintu. Bagi seekor kucing, apabila ia menyambut tuannya, ini bermakna ia menyayangi anda. Kini anda bolehlah memberikan satu usapan lembut di bawah dagunya. Ini merupakan masa yang sangat sesuai untuk mengembangkan interaksi dan jalinan kasih sayang bersama kucing anda.

4. Perhatikan pergerakan ekornya

Memerhatikan pergerakan ekor kucing adalah salah satu langkah yang dapat memberitahu sama ada kucing ini menyukai anda atau tidak.

Jika kucing amat menyukai seseorang, ekornya akan menegak. Sekiranya, kucing masih ingin menyukai seseorang, ekornya akan sedikit menurun seperti membentuk tanda tanya. Lebih menegak ekornya berdiri, lebih dalam kasih sayang kepada tuannya.

Apabila anda dapat memerhatikan kelakuan kucing dengan 4 langkah ini, bermakna ia amat mudah untuk mengetahui emosi kucing dan kehendaknya. Cara ini akan dapat memberitahu sama ada seekor kucing itu menyayangi anda atau tidak.

Sumber: bldaily.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*