(FOTO) Akhirnya Inilah Wajah Anak Kepada Jihan Muse Dan Ungku Hariz, Nama Yang Diberi Cukup Indah!

Sebut sahaja Jihan Muse semestinya teringatkan rancangan hiburan iaitu Gegar Veganza. Jihan Muse dan juga Nabil menjadi hos kepada rancangan tersebut.

Semua sudah tahu bahawa Jihan Muse dan juga pasanganya Ungku Hariz telah pun menimang cahaya mata lelaki baru-baru ini pada 25 Januari 2018 yang lalu yang dilahirkan secara pembedahan di Hospital DEMC pada pukul 10.15 malam.

Anaknya itu mmpunyai berat sebanyak 3.8kg dan semua tahu bahawa Jihan dan suaminya tidak pernah mendedahkan wajah anaknya itu dimana-mana laman sosial.

Namun. menerusi laman sosial Instagram Meletop terdapat gambar-gambar anak Jihan Muse dan juga suaminya Ungku Hariz dimuat naik.

So, agak agak korang #BabyNinja ikut muka siapa? Jihan ke Ungku Hariz? Hehe. #MeleTOP kini di Majlis Aqiqah putera @jihanmuse @ungkuhariz iaitu Ungku Arsalan Haq . 😍😍😍 #HiMommyJihan #KuJi

A post shared by MeleTOP (@meletop) on Mar 31, 2018 at 9:57pm PDT


Dikatakan ia merupakan majlis aqiqah anaknya yang diberi nama Ungku Haslan Haq. Ternyata ramai artis tertamu yang hadir. Ternyatak wajah anak Jihan Muse dan suami sangat comel! Putih dan juga tembam.

Pelakon, pelawak dan pengacara popular ini telah bernikah dengan Ungku Hariz pada 20 Mac 2016 setelah berkenalan dan berkawan hampir sembilan tahun.

Jihan Muse dan pasangan sangat cantik mengenakan busana putih dan suaminya dengan busana seperti orang arab. Sangat padai pasangan ini meyembunyikan wajah anaknya di media ya.

Setelah hampir berkahwin selama 2 tahun kini pengacara popular ini akhirnya mendapat zuriat yang di nantikan. Semestinya bayi ini menjadi pelengkap hidup bagi ibu dan bapanya.

#MeleTOP kini di Majlis Aqiqah putera @jihanmuse @ungkuhariz iaitu Ungku Arsalan Haq . 😍😍😍#HiMommyJihan #KuJi

A post shared by MeleTOP (@meletop) on Mar 31, 2018 at 9:38pm PDT

Anak Jihan Muse dan juga pasanganya juga diberi gelaran “Baby Ninja”.Jihan Muse mula di kenali dengan nama Jihan Raja Lawak apabila dia telah menyertai pertandingan lawak yang di kendalikan oleh pihak astro.

Kini, nama Jihan Muse telah gah dah bertambah popular apabila dia di gandingan dengan pelawak popolar iaitu Nabil Ahmad dalam rancangan hiburan Gegar Vaganza .

Tahniah diucapkan buat Jihan Muse dan juga suaminya Ungku Hariz kerana telah menimang cahaya mata yang sangat comel. Semoga baby ninja menjadi anak yang soleh dan taat kepada kedua ibu bapanya.

Sumber: IG MeleTop via gengsembang

Credit OhKisahnya
TERDAHULU….Hampir Dua Bulan Bersalin, Mana Anak Jihan?

Jihan Muse dan Ungku Hariz menyambut ulangtahun perkahwinan yang kedua pada 20 Mac. Foto Instagram @jihanmuse & @haqy.co

HAMPIR dua bulan bersalin, peminat Jihan Muse mula melontarkan pertanyaan bilakah dia akan memperkenalkan anak lelakinya kepada peminat.

Pertanyaan itu dibuat peminat menerusi Instagram selepas Jihan memuat naik foto dan kapsyen bersempena ulang tahun perkahwinannya yang kedua dengan pelakon Ungku Hariz.

Rata-rata melahirkan rasa tidak sabar untuk melihat wajah anak pasangan itu yang namanya juga masih belum didedahkan kepada umum.

Bagaimanapun pasangan ini hanya menggunakan nama Baby Ninja untuk bayi lelaki mereka itu.

“@snurulzakaria Bila nak tunjuk baby kak @jihanmuse ..x sabar nak tengok.

Kapsyen Jihan di Instagram menjadi perhatian pengikutnya.

@halimahtunsaadiah08 Kenapa tak tunjuk gambar baby?

@norazureennawawi Bila nak post picture baby..kak jihan?,” antara pertanyaan ditinggalkan oleh pengikutnya di ruangan komen.

Sementara itu, ucapan Jihan bersempena ulang tahun perkahwinannya menggeletek hati apabila dia menulis menggunakan bahasa istana dengan membahasakan dirinya sebagai beta.

Menerusi kapsyen itu, Jihan meminta ‘rakyat’ bergembira dan senyum sepanjang hari bersempena dengan ulang tahun perkahwinannya dengan Ungku Hariz.

Jihan Muse.

“Wahai sekalian rakyat siber! Sempena hari ulang tahun perkahwinan yang kedua ini beta titahkan semua rakyat bergembira dan senyum sepanjang hari,” tulisnya.

Malah Jihan meminta pengikutnya agar memaafkan semua orang, bersihkan hati dan hidup dengan bahagia.

“Maafkan semua orang, bersihkah hati dan hidup dengan bahagia. Kalau sakit hati sangat simpan sambung esok.

“Hari ini matikan segala bad mood, bad vibes dan bad mouth. Marilah jadi ‘citizen of net’ yang baik. Jangan lupa selit doa untuk kebahagiaan kami sekeluarga juga ya. Sekian dari balairung sewa. Assalamualaikum,” tulisnya.

Jihan dan Ungku Hariz berkahwin pada 20 Mac 2016 dan pasangan itu menimang cahaya mata pertama pada 25 Januari lalu.

Sumber: Mstar via gengsembang

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*