Ya Allah Comel nya. Tak Tahan Di Asak Wartawan. Akhirnya Dato Siti Dedah 8 Gambar Terkini Anak nya Kepada Peminat.

Ya Allah Comel nya. Tak Tahan Di Asak Wartawan. Akhirnya Dato Siti Dedah 8 Gambar Terkini Anak nya Kepada Peminat.

Penantian 11 tahun Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, 59, untuk memiliki cahaya mata mereka berdua bukan tempoh yang singkat.

Jadi, tidak hairanlah jika berita kelahiran puteri sulung mereka Isnin lalu diraikan dalam suasana yang cukup gembira baik dalam kalangan ahli keluarga, rakan terdekat, artis, media dan peminat.

Namun, seperkara yang dapat dipelajari daripada perjalanan Siti, 39, untuk memiliki zuriat sendiri adalah kesabaran dan sentiasa berusaha tanpa jemu.

Sejak Siti mengambil keputusan berehat dalam bidang nyanyian April lalu, pelbagai spekulasi timbul terutama membabitkan kehamilannya.

Seperti yang sering diungkapkan Siti, dia meminta semua pihak bersabar terutama media yang jika ada perkara dan berita gembira akan dikongsi dan berlaku adil untuk semua.

Pada Oktober lalu, jemputan daripada pihak Siti untuk hadir ke kediamannya menjawab segala persoalan apabila Siti mengumumkan dia hamil empat bulan.

Sejak itu, hampir setiap hari Siti dihujani ucapan tahniah dan berdoa semoga urusan kelahiran dipermudahkan.

SITI bersama ibunya (dua dari kiri) dan ibu mentuanya (kanan).

Peminat Siti juga tidak sabar untuk melihat kehadiran Siti Nurhaliza Junior yang digelar ‘Malaysian Sweet Heart’.

Pengurus Siti, Rozi Abdul Razak berkata, dia menyaksikan bagaimana kecekalan penyanyi itu berusaha memiliki anak.

Berikutan daripada kelahiran Fatimah Az-Zahra
Alhamdulillah…..!! Selesai sudah…ramai tak sabar nak tahu nama si comel pipi merah…Demi kebaikan anaknya, Datuk K jumpa Mufti Wilayah Persekutuan..

Umum mengetahui penghibur kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza berjaya menamatkan penantian selama 11 tahun apabila telah selamat melahirkan cahaya perempuan yang di sebuah hospital swasta beberapa hari lalu.

Namun, bagi melahirkan rasa syukur terhadap kelahiran itu, suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa amat berbesar hati mengundang Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Dzulkifli al-Bakri pada hujung minggu ini bagi menyempurnakan tahnik, cukur rambut sempena majlis akikah anaknya.

Buat sementara waktu, bayi tersebut hanya dipanggil Fatimah az-Zahra sempena nama anak Rasulullah SAW. Menurut Datuk K juga, nama penuh puteri sulungnya itu akan diumumkan semasa majlis akikah kelak.

Tambah Datuk K, isteri dan anaknya dalam keadaan sihat namun masih dalam pemantauan doktor di hospital agar betul-betul sihat sepenuhnya sebelum pulang ke rumah.

Jom Kita Layan Official Video Si Comel Pipi Merah :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*