LELAKI WAJIB BACA! BILA 2 GARIS INI DARI URIN LELAKI, MAKA INILAHMAKSUDNYA…JANGAN AMBIL RINGAN!

Niat Untuk Bergurau Dengan Alat Menguji Kehamilan, Apabila Dia Upload, Seorang Telah Menegurnya dan Menyatakan Sesuatu yang Membuat Beliau Terperanjat!… Lelaki Wajib Baca!

Selalunya penguji kehamilan digunakan oleh wanita yang ingin menguji air kencing mereka untuk memastikan mereka hamil atau tidak. Tidak pernah pula admin mendengar lelaki segaja hendak menguji air kencing di alat penguji kehamilan.

Mungkin kerana Allah s.w.t hendak memberitahu kepadanya bahawa suaminya mengalami penyakit kanser testis, tergerak suaminya untuk suka-suka membuang air kencing ke alat berkenaan.

Ceritanya suatu hari seorang suami terjumpa alat penguji kehamilan isterinya ketika dia berada dalam bilik air. Dia pun saja-sajalah membuang air kecil pada alat penguji kehamilan tu.

Alangkah terkejutnya bila dua garis kehamilan warna merah muncul pada alat itu. Biasanya kalau dua garis tu muncul itu tanda wanita itu hamil. Tapi takkanlah dia mengandungkan?

Dengan niat nak bergurau dia pun postlah status tu dekat Reddit.. sekali dengan gambar alat penguji tu.

Sampailah dalam salah satu komen bertulisan “Jika ianya benar, anda perlu membuat pemeriksaan untuk mengesahkan adakah ianya kanser testis.” Dan dia pun segeralah berjumpa dengan doktor.

Syukurlah dengan tindakannya itu, kerana hasil pemeriksaan mendapati dia memang ada kanser testis. Mujurlah ianya masih diawal stage lagi.

Ini Infonya:

Dalam alat penguji kehamilan, ia akan mengesan HCG (Human Chorionic Gonadottropin) yang mana hormon akan meningkat dalam diri seorang wanita yang hamil. Hal ini samalah dengan penghidap kanser testis. Sebab itulah tindakbalas hormon HCG turut membolehkan kanser testis dikesan.

Siapa sangka ternyata gurauannya itu telah berjaya menyelamatkan nyawanya. Lepas ini pasti ramai lelaki yang hendak menguji air kencing mereka kan!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*